20 tip lupakan KENANGAN SILAM….
hi guys and girl out there yg sdg bersedih hati atau berduka lara mengenang nasib masa-masa lepas, jgnla cmtue..... wake up.... wake up.... jgn bersedih lg... hidup perlu diteruskn k? so, kt cnie adalah beberapa tips untuk korg cmner nk lupakan kenangan silam.... well, kenangan sbnrnyer mmg xkn dpt dilupakan tp cmner kiter get along with it.... hopefully tips nie sedikit sebanyak lehla tolong korg eh?

01…focus pada masa depan kerana ia memberi peluang untuk kita menjadi lebih baik. Dengan sisa kehidupan yang tinggal kini, janganlah anda persiakan. Pejamkan mata seketika dan bayangkan kehidupan yang ceria, berjaya dan bahagia. Pasti apa yang anda lihat itu turun ke hati dan tanpa sedar anda sedang mengukir senyuman! Nah....lihatlah betapa indahnya hidup jika kita bijak memanfaatkannya.
02... selalulah beristighfar dan memaafkan orang lain, situasi, benda, perkara, serta diri sendiri. Memaafkan diri sendiri dapat membuang rasa marah, kesal dan tekanan.

03... tidak ada manfaat mengenang kisah pahit dan dosa-dosa silam jika anda tidak berusaha dengan bersuangguh-sungguh untuk menyingkirnya. Walaupun payah, anda harus melakukannya.
04... banyakkan solat dan jangan putus asa untuk terus berdoa memohon bantuan daripada-Nya. Jika kehidupan lalu dipenuhi dosa, bersihkan jiwa dengan bertaubat bersungguh-sungguh.
05... berdamping dengan orang yang lebih baik sama ada mereka yang lebih berjaya, beriman atau sebagainya. Berkongsilah ilmu mereka untuk memperbaiki diri anda.

06... berikan tumpuan pada keinginan hati. Sedah perpuluh-puluh tahun mencari matlamat hidup tetapi masih kabur. Tidak mengapa, kerana anda masih belum terlambat. Jika anda tetapkan matlamat ingin lupakan kenangan lalu dan mencipta kenangan baru yang lebih indah, pasti anda akan teruja.
07... tulis satu demi satu perkara yang ingin dilupakan pada kepingan kertas, lipat dan masukkan ke dalam sebuah kotak. Setelah semua perkara telah ditulis, ambil kotak tersebut dan campakkan jauh-jauh, atau hapuskan kotak tersebut. Sebagaimana lenyapnya kotak tersebut, begitulah juga kenangan pahit itu. Dan jangan diingat lagi perkara itu.
08... jika kenangan itu masih melintas di fikiran, cepat-cepat anda tukar atau alihkan pemikiran anda kepada perkara lain yang lebih menarik.
09... cuba keluar daripada perangkap emosi iaitu asyik teringatkan kenangan dahulu. Jika kita tidak melakukannya, diri akan terus terperangkap dalam dunia kesedihan yang kita cipta sendiri. Kesannya, diri akan terkenang kesilapan masa lalu dan percayalah dengan sikap demikian kita akan terus melakukan kesilapan.
10... gunakan minda separa sedar untuk menjadikan hidup lebih bersemangat. Cara ini tidak sukar. Anda boleh cuba dengan ”aku mahu”. Sebagai contoh; ”Aku mahu kelihatan ceria dan bersemangat hari ini”. ”Aku mahu kelihatan lebih TENANG dan TIDAK MAHU MENANGIS LAGI”..
11... selepas itu, bayangkan di fikiran apa yang anda jadi seperti apa yang anda mahu. Bila anda mahu jadi ceria, bayangkan anda sedang tersenyum dan gembira bila berdepan sesiapa sahaja. Tidak ada lagi wajah yang murung!!!
12... yakin pada diri bahawa anda boleh bertukar menjadi orang lain. Ini bermaksud emosi yang sedih boleh bertukar lebih energetik. Fikiran negatif boleh menjadi positif asalkan anda mahukannya!!
13...tukarkan penampilan diri kepada yang lebih positif. Jika sebelum ini anda tidak ambil peduli tentang gaya berpakaian, cuba balajar bergaya.
14... jangan separuh jalan lebih-lebih lagi apabila anda berdepan sekali lagi dengan dugaan yang hebat. Hadapi kemungkinan yang datang dengan hati yang tenang dan sabar. Anda mungkin jadi kurang bersemangat, lebih-lebih lagi bila berdepan dengan cabaran getir. Namun, kuatkan hati dan semangat anda!!!
15... anda harus melatih diri agar melupakan memori pahit yang lalu. Apabila menjadi kebiasaan , minda akan terbiasa. Namun, anda harus bersedia kerana ia memerlukan ketahanan emosi yang bukan sedikit.
16.... contohi orang yang cemerlang kerana mereka bijak mengawal emosi dan tahu mengawal apa yang bermain di fikiran mereka.
17... apabila anda mampu mengawal emosi, diri anda akan menjadi lebih tenang dan tekanan dan tekanan akan berkurangan. Apabila ini berlaku, minda akan dapat bekerja dengan lebih baik dan efektif.
18... fikiran kita mengawal hidup kita. Apa yang kita fikir, itu yang akan mengawal segala tindakan, keputusan dan emosi kita. Apabila kita fikir susah, maka minda separa sedar akan menarik perkara-perkara yang membuatkan anda jadi susah. Jadi setkan dalam minda anda ”SENANG DAN BOLEH BUAT”. Jangan anggap semuanya susah tapi anggaplah ia sebagai cabaran.
19... sentiasa takut dengan hukuman dan pembalasan Allah. Jika itu tersemat dalam hati anda, insyaallah anda mampu menjadikan diri anda lebih baik dari semalam. Lakukan bukan kerana orang lain tetapi kerana diri anda sendiri dan lebih utama kerana Allah s.w.t.
20... cari teman-teman baru yang boleh memberi anda sokongan dan dengan cara ini anda tidak bersendirian. Sentiasa sibukkan diri dengan pelbagai aktiviti mengurangkan masa anda memikirkan hari-hari semalam yang penuh dengan kepahitan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan