Isnin, 22 September 2014

disebalik takbir blog :3 :3 :3 :3



Azri : sebagai ketua kumpulan dan aku ase bangga pulak pakai baju merah ari ni . . . blog ini hanya untuk suka-suka je . . . ( tiada kena-mengena sama ada yang masih hidup atau pun dah k.o )  :* <3


Julia : Peduli apa aku dengan baju ka tu, asalkan assignment aku siap sudah ( gurau je , jangan terasa bohhhhhh ) . . . :3   :3   :3


Azura : shhhhhhhhh diam !!!! . . . fokus kat camera360 tu weyhhhh .......  -_-'''    -_-'''


Rabu, 10 September 2014

20 tip lupakan KENANGAN SILAM….

hi guys and girl out there yg sdg bersedih hati atau berduka lara mengenang nasib masa-masa lepas, jgnla cmtue..... wake up.... wake up.... jgn bersedih lg... hidup perlu diteruskn k? so, kt cnie adalah beberapa tips untuk korg cmner nk lupakan kenangan silam.... well, kenangan sbnrnyer mmg xkn dpt dilupakan tp cmner kiter get along with it.... hopefully tips nie sedikit sebanyak lehla tolong korg eh?


01…focus pada masa depan kerana ia memberi peluang untuk kita menjadi lebih baik. Dengan sisa kehidupan yang tinggal kini, janganlah anda persiakan. Pejamkan mata seketika dan bayangkan kehidupan yang ceria, berjaya dan bahagia. Pasti apa yang anda lihat itu turun ke hati dan tanpa sedar anda sedang mengukir senyuman! Nah....lihatlah betapa indahnya hidup jika kita bijak memanfaatkannya.
02... selalulah beristighfar dan memaafkan orang lain, situasi, benda, perkara, serta diri sendiri. Memaafkan diri sendiri dapat membuang rasa marah, kesal dan tekanan.

 

03... tidak ada manfaat mengenang kisah pahit dan dosa-dosa silam jika anda tidak berusaha dengan bersuangguh-sungguh untuk menyingkirnya. Walaupun payah, anda harus melakukannya.
04... banyakkan solat dan jangan putus asa untuk terus berdoa memohon bantuan daripada-Nya. Jika kehidupan lalu dipenuhi dosa, bersihkan jiwa dengan bertaubat bersungguh-sungguh.
05... berdamping dengan orang yang lebih baik sama ada mereka yang lebih berjaya, beriman atau sebagainya. Berkongsilah ilmu mereka untuk memperbaiki diri anda.


06... berikan tumpuan pada keinginan hati. Sedah perpuluh-puluh tahun mencari matlamat hidup tetapi masih kabur. Tidak mengapa, kerana anda masih belum terlambat. Jika anda tetapkan matlamat ingin lupakan kenangan lalu dan mencipta kenangan baru yang lebih indah, pasti anda akan teruja.
07... tulis satu demi satu perkara yang ingin dilupakan pada kepingan kertas, lipat dan masukkan ke dalam sebuah kotak. Setelah semua perkara telah ditulis, ambil kotak tersebut dan campakkan jauh-jauh, atau hapuskan kotak tersebut. Sebagaimana lenyapnya kotak tersebut, begitulah juga kenangan pahit itu. Dan jangan diingat lagi perkara itu.
08... jika kenangan itu masih melintas di fikiran, cepat-cepat anda tukar atau alihkan pemikiran anda kepada perkara lain yang lebih menarik.
09... cuba keluar daripada perangkap emosi iaitu asyik teringatkan kenangan dahulu. Jika kita tidak melakukannya, diri akan terus terperangkap dalam dunia kesedihan yang kita cipta sendiri. Kesannya, diri akan terkenang kesilapan masa lalu dan percayalah dengan sikap demikian kita akan terus melakukan kesilapan.
10... gunakan minda separa sedar untuk menjadikan hidup lebih bersemangat. Cara ini tidak sukar. Anda boleh cuba dengan ”aku mahu”. Sebagai contoh; ”Aku mahu kelihatan ceria dan bersemangat hari ini”. ”Aku mahu kelihatan lebih TENANG dan TIDAK MAHU MENANGIS LAGI”..
11... selepas itu, bayangkan di fikiran apa yang anda jadi seperti apa yang anda mahu. Bila anda mahu jadi ceria, bayangkan anda sedang tersenyum dan gembira bila berdepan sesiapa sahaja. Tidak ada lagi wajah yang murung!!!
12... yakin pada diri bahawa anda boleh bertukar menjadi orang lain. Ini bermaksud emosi yang sedih boleh bertukar lebih energetik. Fikiran negatif boleh menjadi positif asalkan anda mahukannya!!
13...tukarkan penampilan diri kepada yang lebih positif. Jika sebelum ini anda tidak ambil peduli tentang gaya berpakaian, cuba balajar bergaya.
14... jangan separuh jalan lebih-lebih lagi apabila anda berdepan sekali lagi dengan dugaan yang hebat. Hadapi kemungkinan yang datang dengan hati yang tenang dan sabar. Anda mungkin jadi kurang bersemangat, lebih-lebih lagi bila berdepan dengan cabaran getir. Namun, kuatkan hati dan semangat anda!!!
15... anda harus melatih diri agar melupakan memori pahit yang lalu. Apabila menjadi kebiasaan , minda akan terbiasa. Namun, anda harus bersedia kerana ia memerlukan ketahanan emosi yang bukan sedikit.
16.... contohi orang yang cemerlang kerana mereka bijak mengawal emosi dan tahu mengawal apa yang bermain di fikiran mereka.
17... apabila anda mampu mengawal emosi, diri anda akan menjadi lebih tenang dan tekanan dan tekanan akan berkurangan. Apabila ini berlaku, minda akan dapat bekerja dengan lebih baik dan efektif.
18... fikiran kita mengawal hidup kita. Apa yang kita fikir, itu yang akan mengawal segala tindakan, keputusan dan emosi kita. Apabila kita fikir susah, maka minda separa sedar akan menarik perkara-perkara yang membuatkan anda jadi susah. Jadi setkan dalam minda anda ”SENANG DAN BOLEH BUAT”. Jangan anggap semuanya susah tapi anggaplah ia sebagai cabaran.
19... sentiasa takut dengan hukuman dan pembalasan Allah. Jika itu tersemat dalam hati anda, insyaallah anda mampu menjadikan diri anda lebih baik dari semalam. Lakukan bukan kerana orang lain tetapi kerana diri anda sendiri dan lebih utama kerana Allah s.w.t.
20... cari teman-teman baru yang boleh memberi anda sokongan dan dengan cara ini anda tidak bersendirian. Sentiasa sibukkan diri dengan pelbagai aktiviti mengurangkan masa anda memikirkan hari-hari semalam yang penuh dengan kepahitan.




Perkara yang berlaku dalam hidup kita, memang kita sukar nak lupakan terutamanya jika perkara itu merupakan kenangan pahit atau kenangan manis dalam hidup kita.

Of course la kita susah nak lupakan. Kalau tak leh nak lupakan kenangan manis tak apa. Tapi kalau susah nak lupakan kenangan pahit yang melukakan hati, memang boleh mendatangkan kemudharatan kepada diri sendiri. So. Macam mana cara nak atasi? 

Tidak perlu terlampau memikirkan hal ini. Mestilah kita tak nak fikirkan. 
Macam mana kalau terbayang atau terimbau kenangan pahit tu? Think positive. Ambillah pengajaran daripada apa yang berlaku itu. Ambil teladan daripada kenangan yang berlaku itu agar ianya tidak lagi berulang dalam hidup kita. 


Tidak perlu memaksa diri kita untuk melupakan kenangan pahit tu, nanti diri sendiri yang akan tertekan. Segala apa yang pernah berlaku, kita terima dengan positif dan jadikan ianya sebagai pengajaran buat masa depan. 

Belajar daripada kesilapan. Itu yang biasa kita dengarkan? Kerana apabila once kita melakukan kesilapan, kita akan ingat, then kita akan belajar tentang hal ni. 

Segala apa yang berlaku pasti ada hikmah. Pernah tak kita renung dan fikir tentang perjalanan hidup kita? Apa yang berlaku, dan seterusnya apa yang berlaku kepada kita. Banyak yang ada kaitan sebenarnya, cuma mungkin kita kurang menyedari akan hal ni. 

Yang penting, redha dengan segala ketentuan_Nya <3

Cara Untuk Melupakan Kisah Silam

Setiap manusia pasti ada kisah silam, tak kiralah sama ada  yang baik atau sebaliknya, namun apa pun sekali kisah silam itu, biarlah ia kekal sebagai satu lipatan sejarah meskipun tak mungkin hilang sampai bila-bila. Selalunya ia akan kekal menjadi rahsia yang disimpan walaupun telah berumahtangga. Biasanya kisah-kisah silam ni memberi impak besar dlm kehidupan terutama pada yg telah berumahtangga. Cuma di harap agar jgn disebabkan kisah silam, hidup kita jadi tak keruan. Hilang tumpuan dan sering murung dan pelbagai perasaan timbul dek kisah silam ini. Usah menoleh ke belakang... maju dan terus maju ke hadapan, jadikan kisah silam itu kenangan yg akhirnya akn luput. 

Antara cara yang boleh dipraktikkan untuk 'bakar & hapus' pengalaman@kisah lampau ialah:

1.  Berusahalah melupakan kisah silam!

Memang sukar, tetapi kita perlu sentiasa mencuba dengan gigih dan tidak berputus asa sehingga semua memori dan kisah silam itu hilang. Kegagalan cinta, disakiti, teraniaya dan pelbagai kisah silam yg duka atau suka bukan kehancuran dalam hidup. Motivasikan diri bahawa setiap apa yang berlaku ada hikmah di sebaliknya..  Oleh itu, teruskan berusaha melupakan dan menghapuskan kisah silam itu. Apa yang penting, kita perlu berusaha menggali hikmahnya. Sekiranya belum terungkap, jangan biarkan hal kisah silam itu menjadi beban trauma yang dapat mengekang prestasi kita pada masa akan datang.

2.  Lihatlah kelebihan pada pasangan kita sekarang

Penting untuk kita melihat semula apa sahaja kelebihan pasangan kita. Lihat isteri, pasti dia juga memiliki kelebihan seperti dia yang dahulu. Begitu juga para isteri, lihat suami masing-masing. Kita pasti akan menemui kelebihan pada dirinya. 

3.  Simpan Ketat Kisah Silam jauh di dasar hati, Jangan disebut-sebut.

Setelah mendirikan rumah tangga, seharusnya kisah silam tersebut disimpan sebaik-baiknya. Lebih-lebih lagi jika kisah itu berupaya mengguris hati dan perasaan pasangan. Benar, tiada rahsia dalam perkahwinan tetapi ada ketika, menyimpan sesuatu yang menyakitkan lebih baik dari meluahkan.Boleh jadi kisah silam anda melibatkan perkara-perkara yang mengaibkan seperti maksiat, jenayah dan macam-macam lagi. Pastinya perasaan bagai dirobek-robek tatkala mengingati masa lampau pasangan. Bukan mudah melupakan tetapi tidak mustahil ia boleh dilakukan. Ikhlaskan diri, menerima pasangan seadanya. Itu hanyalah sebuah kisah silam.....

Walaubagaimana pun seandainya mengetahui kisah silam pasangan, cuba bertindak positif dengan mengawal emosi dan keadaan. Kuatkan hati dan kumpul segala kesabaran untuk berhadapan dengan pasangan. Tanamkan keyakinan bahawa pasangan mampu berubah menjadi suami atau isteri yang solehah sekali gus menjalani kehidupan rumah tangga yang bahagia. Jangan sekali-sekali sisihkan pasangan apabila mengetahui akan kisah silamnya. Belajar untuk mempositifkan diri. 

Namun, sekiranya anda buntu dan tidak mampu menangani masalah ini seorang diri maka carilah individu yang boleh dipercayai untuk membantu. Meskipun tak mampu selesaikan semuanya sekelip mata, setidak-tidaknya sedikit bebanan yang tergalas di bahu kian hilang sedikit demi sedikit.

INGATLAH SELALU....
Tiada yang salah dengan perancangan-Nya. Mulakan dengan berprasangka baik, sentiasa berpegang teguh kepada istiqamah dan keikhlasan pada apa jua yang Allah SWT tetapkan
Langkah yang tepat dan betul harus kita lakukan ialah berusaha dan terus berusaha untuk melupakannya. Mengikhlaskan diri dan menerima semua takdir.